HARI INI, 21/ 7/2011...Aku dapat perkabaran yang orang aku suka akan berkahwin....hujung tahun ni...sedihnya rasa hati:(, bukan aku xda pengganti tpi mgkin dia org first yang aku btoi-btoi suka.Aku nk post dalam fb tpi xleh luah sepenuhnya....so, dalam ni la tempat aku nak luahkan....aku da cuba melupakan tpi mngapa begitu payah...di saat da dkat nk lupa dpt pla berita ni...
Apa pn, aku tetap doakan dia bahgia n terima hakikat kami xda jodoh pn...aku rasa sedih sgt...mgkin aku pk sgt smpy apa keja pn xjdi...pdhal da lma aku ptut trma hakikat itu...
tpi msih dalam pkran...aku suka n hargai org yg sayang aku sekarang ...maknaya ada lagi orang yang btoi2 ikhlas sayang kat aku... utk org yg ku sayang , hanya namamu saja di hati... selamat tggal org yg penah ada dalam hati aku ini...
Mggu dpan , mggu trakhir aku kat sykt ni...namanya rasa mcm gah.. tpi 2 la hakikat mgkin lg hidup @ mgkin mati...slmt tggl..byk sgt benda terjadi...isu pakaian pn jdi hal kat program...bknnya xttup aurat..pelik juga aku fahaman mna depa guna...xpkai stoking bg pmpn pn jdi isu..tmbh la msa ambik mknan kat cafe..mata bertentang pn xleh...
lau rasa xelok xyah tgk...wt apa duk pndang-memandang pla kan..
Rasanya isu itu ckit ja...
padahal...ada pihak mmg sngaja ambik kesempatan...tanpa memikirkan nsib pekerja bawahan seperti kami...kpada mereka yang rsa da menang dalam permainan ini..beringatlah...satu hari kita akan dibawah juga...itu umpana da menutup pntu rezki org ln...
Aku sedih bkn kehilangan keja semata-mta..tpi sedih ngan skap manusia yang rasa diri da hebat sgt...apa kita wt semua xkena..mgkin btoi aku ada wt slah tpi ada adab menegur org wt slah...ni seolah-olah bercakap seumpama kami xda maruah...dia la yang terbaik..semua perfect gamaknya...
Tdi aku berjumpa ngan s'org kakak 2..dia bgtau...nma ja hj..tpi gedik juga...so,kpda hj 2... nilai la diri sndri dulu baru nilai orang lain..
politik kotor.. dlu aku hanya dgr sja org duk ckap...sbb xpnah aktif politik ..tpi bla keja ngan org politik...mcm ni rupanya...depa mkn kenyang pwot depa...org bwah xmkn pn xpa...ni pggil kuku besi nmanya...ADA LAGI..TGGU LN WAKTU...
Thursday, July 21, 2011
LUAHAN HATI
Posted by zuzila at 12:44 AM 0 comments
Sunday, May 30, 2010
LAGI PERMINTAAN............
Alhamdulillah, sekali lagi pada 15 Mei yang lalu sekali lagi tim Kedah Agro Biotech Sdn.Bhd turun padang melalui kempen ‘ Memasyarakatkan Pertanian organik’ bertempat di Kampung Telaga Batu, Sik, Kedah. Bengkel Pembuatan Efektik Mikroorganisma (EM) ini merupakan siri ke-5 selepas siri sebelumnya iaitu di Kg. Sg. Pau,Sik, Kg. Sg. Kechil Ulu, Bandar Baharu, siri ke- 3 pula di Kg. Gajah Mati, Pendang dan siri ke-4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang dijalankan dengan jayanya. Siri ke-4 berbeza dengan siri-siri yang lain kerana peserta yang hadir mencecah angka 70 orang yang juga terdiri daripada pelajar sekolah dan 11 orang guru dibawah kelab masing-masing
Siri terbaru ini turut mempunyai kelainan kerana pesertanya yang juga terdiri daripada petani, pekebun kecil dan juga remaja. Manakala yang istimewanya, program diadakan di kawasan dusun buah-buahan serta berdekatan dengan sumber air. Selain itu, kawasan ini bersesuaian dengan suasana alam semulajadi kerana pembuatan EM ini akan lebih berkesan apabila dipengaruhi kawasan persekitaran udara yang segar dan nyaman dengan adanya rimbunan pokok buluh. Seramai 11 orang peserta yang menghadiri bengkel ini iaitu 2 orang wanita dan selebihnya lelaki daripada pelbagai peringkat umur termasuk remaja dan juga warga emas.
Bengkel ini mendapat kerjasama baik daripada peserta apabila sanggup menyediakan semua bahan-bahan utama seperti tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan juga sisa buangan haiwan seperti tinja lembu kambing dan juga sabut kelapa untuk dijadikan baja kompos. Tumbuh-tumbuhan seperti kangkung, pucuk kekacang dijadikan EM sayur-sayuran, manakala buah-buahan yang telah rosak seperti tembikai, timun, labu, pisang dan betik dijadikan EM buah-buahan. Bengkel ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada masyarakat bahawa matlamat utama pembuatan EM bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan, pembungaan,buah,dan kemasakan dalam tanaman, memperbaiki secara fizikal,kimia dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga,memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman, memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman, meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja, membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak.
Sepanjang bengkel dijalankan terdapat pelbagai persoalan yang diajukan oleh peserta sebagai tanda bahawa mereka sebenarnya berminat terhadap pertanian organik tetapi belum mendapat pendedahan yang sewajarnya daripada pihak-pihak tertentu. Dengan adanya bengkel ini, sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah yang dialami. Pihak penganjur pula boleh mengkaji lagi kelebihan yang ada dalam pembuatan EM untuk mendapat hasil yang lebih baik. Bagi para remaja yang turut menjadi peserta, bengkel ini merupakan satu kelebihan kepada mereka untuk membawa halatuju pada masa hadapan dan juga menarik minat mereka untuk terlibat dalam pertanian organik dengan menghasilkan baja dan vitamin @ tonik untuk tanaman tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
Posted by zuzila at 6:09 AM 0 comments
Sunday, April 4, 2010
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA PROJEK-PROJEK KUMPULAN KEDAH AGRO
Bertempat di Bilik Gerakan, Aras 6, Blok E, Wisma Darulaman, Kedah Agro Holdings Berhad mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Anak-anak Syarikat seperti berikut:-
- Perjanjian Usahasama Dan Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham di antara Kedah Agro Aguaculture Sdn Bhd dengan Golden Protection Sdn Bhd untuk Projek Sangkar Laut Terbuka.
- Perjanjian Usahasama Dan Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham di antara Kedah Agro Livestock Sdn Bhd dengan Green Agro Sdn Bhd untuk Projek Kuarantin, Pengumpulan dan Penjualan Lembu Daging.
- Memorandum Persefahaman di antara Kedah Agro Plantations Sdn Bhd dengan peserta untuk Projek Pembangunan Tanah Kampung Teluk Sera.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah, pemegang-pemegang saham, exco - exco kerajaan Negeri Kedah, pegawai- pegawai daerah, wartawan-wartawan dan warga Kedah Agro itu sendiri.
Memorandum Persefahaman diwakili oleh En. Harun Bin Hassan dari Teluk Sera dan wakil dari Kedah Agro Plantations iaitu Pengarah Urusan Kumpulan, Tn. Haji Anuar Tahir. Manakala Green Agro pula diwakili oleh En. Yusof( Pengarah Urusan). Selain itu, wakil untuk dari Golden Protection Sdn Bhd, En. Zaihan untuk menandatangani Perjanjian Usahasama ini.
Projek usahasama dan memorandum persefahaman ini diharap dapat memperluasakan lagi pasaran untuk setiap pasaran bagi kelapa sawit jagung, nanas, ikan dalam sangkar dan projek-projek pertanian yang lain yang masih dalam proses penyelidikan.
Posted by zuzila at 12:30 AM 0 comments
Monday, March 8, 2010
Pelbagai Faedah Kompos
KEBAIKAN
- Faedah daripada menghasilkan kompos semula jadi memudahkan akar pokok menembusi tanah, di samping itu ia adalah cara yang paling murah, praktikal dan kaedah paling mesra untuk melupuskan sisa organik.
- Selain memberikan nutrien , tumbuhan juga memerlukan organisma seperti bakteria dan semua ini membantu menyediakan struktur yang baik kepada tanah untuk membolehkan kawasan akar bernafas dan menyerap kelembapan.
- " Baja kompos yang dihasilkan itu terdiri daripada pelbagai bahan buangan dan najis binatang peliharaan.
FAEDAH LAIN
- Mudah dibuat dan membekalkan tumbuhan dengan nutrien.
- Kompos yang ditambah akan membantu mengurangkan hakisan tanah dapat menyerap air.
KAEDAH
Pegawai Pendidikan Persatuan pengguna Pulau Pinang, NV Subbarow berkata, mengikut kajian CAP menjalankan pelbagai aktiviti dalam memelihara alam sekitar. Dalam usaha memupuk perasaan cintai alam sekitar serta mewujudkan individu yang prihatin dalam memelihara alam sekitar.
PERTANIAN MAPAN SEBAGAI ALTERNATIF
Begitulah usaha yang dilakukan oleh Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan mengadakan program memasyarakatkan pertanian organik. Usaha ini berterusan setiap bulan apabila ada pihak staf syarikat sanggup turun padang untuk menjayakan program EM bersama penduduk-penduduk kampung. Ini selaras dengan misi KAHB
" Amalan pertanian mapan disokong oleh CAP sebagai alternatif kepada teknik pertanian moden yang menyebabkan kerosakan ekologi serius dan mengancam kesihatan petani dan pengguna. CAP menggalakkan petani berpindah daripada teknologi pertanian berasaskan bahan kimia secara intensif dan modal kepada pertanian mapan tanpa menggunakan bahan kimia dengan kos yang lebih rendah.
" Dalam usaha untuk menggalakkan pertanian mapan, sejak 2003, CAP telah menjemput pakar pertanian yang tidak menggunakan bahan kimia untuk menjalankan latihan dan program kesedaran untuk petani Malaysia. Dalam latihan ini, pelbagai kaedah pertanian organik seperti kompos, membiak cacing dan penyediaan kompos cacing, panchakavya iaitu sejenis cecair yang diperbuat daripada lima elemen daripada lembu dihasilkan sebagai penghalau serangga ditunjukkan," katanya.
KAEDAH
Semburan Untuk Menghalau Serangga
- 1 kg bawang putih
- 500 gm cili hijau
- 500 gm halia
- 250 ml minyak tanah
- 200 gm gam dari tepung ubi
- Kisar bawang putih denagan cili dan halia serta campurkan ketiga-tiga bahan itu dengan tambahkan 3 liter air dan gam.
- Semburan perlu disiram dibawah daun bagi mengahalau serangga bersembunyi.
sumber : sinar harian( 7 mac 2010)
Posted by zuzila at 5:22 PM 0 comments
Saturday, February 20, 2010
Tahukah Anda Khasiat Buah- buahan Berikut???
Efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.
Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Pisang emas boleh diambil sebanyak empat
hingga lima biji sehari dalam tempoh empat mingguNanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.
Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh
dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya."Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.
"Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja." AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP ANDA"
sumber: utusan online.
Posted by zuzila at 6:20 PM 0 comments
Monday, February 1, 2010
Efektif mikroorganism ( EM)
Sabtu, 30 Jan- Bertempat di Kg. Sungai Pau, Sik, satu program ‘ Bengkel Pembuatan EM- Kaedah Penghasilan & Perlaksanaan. Program ini dianjurkan oleh Kedah Agro Boitech Sdn. Bhd yang bertujuan untuk memasyarakatkan pertanian organik. Terdapat 3 jenis Efektif Organism(EM) yang diajar kepada peserta yang hadir iaitu EM ( Semburan Serangga ), EM ( Sayuran/ Dedaun ) dan EM ( Buah-buahan ). Kaedah Em dimulakan dengan Em serangga dan antara bahan-bahannya adalah seperti berikut:
1. Halia 1 kg
2. Akar Bakawali 1 kg
3. Gula merah/molases 2 kg
4. Air bersih 20 Liter
5. Telur ayam 6 biji
6. Yakult 4 botol
7. Daun semambu 1 kg
8. Pandan 6 kg
9. Daun betik 2 kg
10. Cecair EM 225 ml
Manakala Em Sayuran/ dedaun pula bahan-bahannya adalah seperti berikut:-
1. Daun lobak 1 kg
2. Daun tutup bumi 2 kg
3. Gula merah 3 kg
4. Air bersih 20 liter
5. Telur ayam 6 biji
6. Yakult 4 botol
7. Cecair EM 225 ml
Em Buah-buahan pula merangkumi bahan-bahan seperti berikut:-
1. Buah labu 2 kg
2. Buah betik 2 kg
3. Buah pisang 2 kg
4. Gula merah 2 kg
5. Air bersih 20 liter
6. Telur ayam 6 biji
7. Yakult 4 botol.
8. Cecair EM 225 ml.
Selepas selesai semua proses membuat EM , kerja yang terakhir ialah menyiapkan baja kompos iaitu bahan-bahannya adalah seperti berikut:-
1. Tanah subur 4 kg
2. Serkam padi 2 kg
3. Dedaun tutup bumi 2 kg
4. Tinja lembu 2 kg
5. Tinja kambing 2 kg
6. EM campuran 4 sudu
7. Gula merah 4 susu
8. Air bersih 40 liter
Posted by zuzila at 5:41 PM 0 comments
Saturday, January 23, 2010
MARILAH KENALI KHASIAT MADU???
Salah satu keunikan madu adalah kerana madu mengandungi zat antibiotik. Hal ini hasil penelitian Peter C Molan ( 1992), penyelidik dari Department of Biological Sciences, University of Waikoto. Menurutnya, madu terbukti mengandungi zat antioboitik yang aktif melawan serangan berbagai kuman patogen penyebab penyakit. Selain itu juga penyelidik dari Department of Biochemistry, Faculty of Medicine, University of Malaya di Malaysia, Kamaruddin ( 1997 juga menyebut bahawa di dalam madu terkandung zat anti mikrobil, yang dapat menghambat penyakit.
Kandungan Madu
- Madu memiliki komponen kimia yang memiliki efek koligemik iaitu asetilkolin berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah. Gula yang terdapat dalam mabu akan terserap langsung oleh darah sehingga menghasilkan energy secara cepat bila dibandingkan dengan gula biasa.
- Disamping kandungan gulanya yang tinggi (fruktosa 41.0 %, glukosa 35%, sukrosa 1.9%) madu juga mengandungi komponen lain seperti pelbagai enzim pencernaan.
- Disamping itu, madu juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, mineral seperti kalsium, natrium, kalium, magnesium besi,juga garam iodine bahkan radium. Selain itu, madu juga mengandungi antibiotik dan berbagai asid organik seperti asam malat, tartarat, sitrat, laklat dan oksalat. Kerana itu madu sangat tinggi sekali khasiatnya.
Jenis-Jenis Madu
- kualiti madu umumnya ditentikan dari asal bunga seperti Mix Flower (Aneka bunga hutan), madu bunga kelengkeng, madu bunga kopi, madu bunga rambutan, madu bunga kopi, madu bunga kapuk dan sebagainya.
- Berdasarkan maklumat penyelidikanmadu yang termanis berasal dari ektar bunga rambutan (Nephelium lappaceum).
- Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan oleh para ahli dalam bidang Biologi, kimia dan kedoktoran ,ternyata madu memiliki manfaat dan khasiat yang banyak bagi kehidupan manusia.
sumber: internet.
Posted by zuzila at 7:52 PM 0 comments

