? ??????????????Purple Flower? ????? ?? ???Rating: 4.3 (727 Ratings)??1080 Grabs Today. 106989 Total Grabs
. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Subtle Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.1 (184 Ratings)??1039 Grabs Today. 36898 Total Grabs. ??????Preview?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 30, 2009

Sejauhmanakah pekerja memahami konsep integriti?





Kita seringkali mendengar masalah yang melanda negara kita sejak sekian lama iaitu rasuah, pecah amanah dan ponteng dalam kalangan pekerja dan sebagainya. Sejauhmanakah kita sedar akan masalah itu???? Renungkanlah...

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,Integriti bermaksud kejujuran, ketulusan, keadaan kesempurnaan dan seseorang yang sanggup menjaga nama baik daripada berlakunya penyelewengan. Berikutan itu, satu forum yang bertajuk 'Forum Perdana Integriti'. Fokus utama membincangkan tajuk "Penjawat Awam Pemegang Amanah Rakyat". Forum ini berlangsung di Dewan Menteri Besar Negeri Kedah. Selain itu, mendapat anjuran bersama dari Pejabat Menteri Besar Negeri Kedah, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan Institut Pengurusan dan Integriti(INSPIN).

Forum ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zakaria Osman dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Manakala ahli panel pula Prof. Dr. Ismail Hj.Ibrahim( UKM ) dan En. Mustafa Ali iaitu Timbalan President( Institut Integriti malaysia ). Tujuan utama forum ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan Penjawat Perkhidmatan Awam, menghindari diri dari mengambil kesempatan ke atas orang lain dan untuk mengintegriti dalam sesuatu budaya itu sendiri. Menurut Mustafa Ali, Integriti bermaksud sesuatu yang melibatkan kekuatan dalaman yang akan mempengaruhi tingkahlaku seseorang itu untuk melakukan sesuatu yang melanggar etika kerja organisasi atau undang-undang itu sendiri. Menurutnya lagi, integriti dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu integriti inidividu, organisasi dan juga negara yang merangkumi visi dan misinya. tambahnya lagi, untuk mencari kualiti dalam kehidupan mestilah melibatkan 3 faktor penting iaitu integriti, “intellegence” dan juga “energy”. Sekiranya salah satunya tidak wujud, ia masih dianggap tidak berkualiti.

Menurut Prof.Dr Ismail pula, masalah akan wujud sekiranya Iman, Islam dan Ihsan tidak berjaya dipupuk dalam diri seseorang itu. Malahan katanya lagi, sebarang pupukan itu bermula sejak kecil dan semestinya dengan didikan ibubapa di rumah. Beliau mendefinisikan ‘Ihsan’ iaitu menyembah Allah seperti kamu melihat Allah. Ihsan bukan hanya untuk beribadat tetapi harus dipraktikan dalam kehidupan seharian. Maka sekiranya, tidak menghayati ihsan, diri akan mudah dikuasai oleh akal,nafsu, jasmani dan rohani. Keadaaan ini akan meruntuhkan kekuatan dalaman individu itu.

Selain itu, menurut En. Mustafa Ali sekiranya integriti tidak dilaksanakan dengan jayanya akan membawa akibat yang buruk kepada keberhasilan kesejahteraan masyarakat. Manakala ita digalakkan untuk melaksanakan konsep TQM iaitu “ Time Quality Management” kerana penjawat awam merupakan amanah rakyat. Oleh itu, ketulusan, kejujuran, amanah merupakan sifat penting sebagai komponen penting dalam integriti.

Selepas itu,majlis penutupan pula dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Kedah iaitu Y.B Dato’ Seri Azizan Bin Abdul razak. Beliau merumuskan forum dengan memberi beberapa cadangan iaitu meningkatkan keutuhan dalam keluarga dan masyarakat, meningkatkan kualiti hidup, dasar yang jelas dan utuh, komunikasi yang bekesan dan kesediaan individu untuk berubah.