? ??????????????Purple Flower? ????? ?? ???Rating: 4.3 (727 Ratings)??1080 Grabs Today. 106989 Total Grabs
. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Subtle Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.1 (184 Ratings)??1039 Grabs Today. 36898 Total Grabs. ??????Preview?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 23, 2010

MARILAH KENALI KHASIAT MADU???

Madu adalah makanan yang mengandungi zat gizi seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, deksrin, mineral, pigmen tumbuhan dan aromatik. Bahkan dari hasil penelitian ahli Gizi dan pangan ,madu mengandungi karbohidrat yang paling tinggi diantara produk ternak lainnya susu, telur , daging, keju dan menterga sekitar (82,3% lebih tinggi) Setiap 100 gram madu murni bernilai 294 kalori atau perbandingan 1000 gram madu murni setara dengan 50 biji telur ayam atau 5,675 liter susu atau 1680 gram daging. Dari hasil penelitian terbaru ternyata zat-zat atau kandungan yang ada didalam madu sangat kompleks iaitu mencapai 181 jenis .

Salah satu keunikan madu adalah kerana madu mengandungi zat antibiotik. Hal ini hasil penelitian Peter C Molan ( 1992), penyelidik dari Department of Biological Sciences, University of Waikoto. Menurutnya, madu terbukti mengandungi zat antioboitik yang aktif melawan serangan berbagai kuman patogen penyebab penyakit. Selain itu juga penyelidik dari Department of Biochemistry, Faculty of Medicine, University of Malaya di Malaysia, Kamaruddin ( 1997 juga menyebut bahawa di dalam madu terkandung zat anti mikrobil, yang dapat menghambat penyakit.

Kandungan Madu

  • Madu memiliki komponen kimia yang memiliki efek koligemik iaitu asetilkolin berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan darah. Gula yang terdapat dalam mabu akan terserap langsung oleh darah sehingga menghasilkan energy secara cepat bila dibandingkan dengan gula biasa.
  • Disamping kandungan gulanya yang tinggi (fruktosa 41.0 %, glukosa 35%, sukrosa 1.9%) madu juga mengandungi komponen lain seperti pelbagai enzim pencernaan.
  • Disamping itu, madu juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, mineral seperti kalsium, natrium, kalium, magnesium besi,juga garam iodine bahkan radium. Selain itu, madu juga mengandungi antibiotik dan berbagai asid organik seperti asam malat, tartarat, sitrat, laklat dan oksalat. Kerana itu madu sangat tinggi sekali khasiatnya.

Jenis-Jenis Madu
  • kualiti madu umumnya ditentikan dari asal bunga seperti Mix Flower (Aneka bunga hutan), madu bunga kelengkeng, madu bunga kopi, madu bunga rambutan, madu bunga kopi, madu bunga kapuk dan sebagainya.
  • Berdasarkan maklumat penyelidikanmadu yang termanis berasal dari ektar bunga rambutan (Nephelium lappaceum).
  • Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan oleh para ahli dalam bidang Biologi, kimia dan kedoktoran ,ternyata madu memiliki manfaat dan khasiat yang banyak bagi kehidupan manusia.



sumber: internet.

Monday, January 18, 2010

Gambar Bersama Kedah Agro Holdings

Melawat 'Processing Centre' di Bukit Tangga.


Kedah Agro Holdings Berhad bersama syarikat gah yang lain iaitu Sime Darby, Koridor Utara dan Kerajaan Negeri kedah bersepadu untuk membangunkan tanah di kawasan Bukit Tangga yang berkeluasan 800 ekar dengan tanaman jagung.

Berikutan itu, seramai 20 peserta telah mengikuti praktikal pertanian selama 3 bulan berserta elaun sebanyak RM300 sebulan. Manakala tempat penginapan dan makan disediakan. Program ini telah menjalankan proses penapisan kepada sesiapa yang berminat dalam pertanian untuk menghadiri sesi temuduga dan berkelayakan dari segi fizikal dan mental. Program praktikal ini bertujuan untuk mendedahkan mereka mengenai penanaman jagung yang betul serta maklumat penjagaan supaya mereka boleh mempraktikkan apabila mereka ingin mengusahakan tamanan berkenaan. Selain itu, walaupun tanaman yang diusahakan sedikit tetapi itu tidak bermakna tanaman tersebut tidak menguntungkan malahan Kedah Agro sedia membantu untuk mejual hasil berkenaan.

Tujuan utama program ini ialah untuk menarik minat sesiapa sahaja yang masih berkemampuan untuk mengusahakan tanaman. Ini bagi menambah pendapatan kerajaan daripada hasil jualan dan secara tidak langsung kita tidak lagi mengimport bahan makanan dari negara luar. Hal ini juga merealisasika seruan kerajaan menghasilkan lebih banyak produk melalui pertanian. Selain itu, memahami konsep bahawa 'Pertanian Adalah Perniagaan'.

Saturday, January 9, 2010

Fenomena kenaikan gula, siapa harus dipersalahkan???



1 Januari merupakan tarikh baru menyambut tahun baru apabila kita mula menapak ke tahun 2010. Pada masa yang sama kita dikejutkan dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bagi setiap sekilogram gula berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Adakah kita harus terima kenaikan itu sempena menyambut tahun baru dengan hati yang terbuka??? fikir2 kanlah....

Ada yang menyifatkan kenaikan itu keterlaluan bagi golongan berpendapatan rendah dan meminta kerajaan mengkaji semula harga komoditi berkenaan dan ada pula mengaitkan kenaikan itu, bakal menimbulkan banyak kesan negatif seperti kenaikan harga makanan serta minuman. Namun, bagi golongan yang mementingkan kesihatan pula berpendapat kenaikan harga gula sepatutnya sudah dibuat sejak dulu lagi berdasarkan peningkatan pesakit diabetes, jantung serta mereka yang mengalami masalah obesiti di negara kita.

Statistik pada 2009, menunjukkan 17 peratus daripada 27 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes, manakala data pada 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obes. Golongan ini berpendapat, kerajaan menanggung beban berjuta-juta ringgit setiap tahun bagi memberi subsidi gula sedangkan pada masa sama jumlah pesakit diabetes, kardiovaskular dan obesiti kian meningkat. Apapun, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu menjadikan harga bahan berkenaan naik kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagaimanapun menegaskan kerajaan masih menanggung kos subsidi gula yang besar sebanyak RM1.008 bilion walaupun selepas harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen.

sumber: Berita Harian.

Tuesday, January 5, 2010

Biologi Lintah








Dalam dunia, didapati 650 spesis lintah yang wujud di kawasan paya,kolam, laut dan kawasan yang berair. Kebanyakan lintah memiliki penghisap di bahagian penghujung badannya untuk berpegang pada perumah etika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.

Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air liur mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui isu setempat. Faktor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan antibiotik yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium Aeromonan hydropiphila. Bakteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.

Kajian perubatan terus menemui bahan kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan tersbut menyerang fibringen dan mempunyai potensi sebagai anti pembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetik digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.

sumber:http:jual-lintah.com/index.
(bisnes utara)