1 Januari merupakan tarikh baru menyambut tahun baru apabila kita mula menapak ke tahun 2010. Pada masa yang sama kita dikejutkan dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen bagi setiap sekilogram gula berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Adakah kita harus terima kenaikan itu sempena menyambut tahun baru dengan hati yang terbuka??? fikir2 kanlah....
Ada yang menyifatkan kenaikan itu keterlaluan bagi golongan berpendapatan rendah dan meminta kerajaan mengkaji semula harga komoditi berkenaan dan ada pula mengaitkan kenaikan itu, bakal menimbulkan banyak kesan negatif seperti kenaikan harga makanan serta minuman. Namun, bagi golongan yang mementingkan kesihatan pula berpendapat kenaikan harga gula sepatutnya sudah dibuat sejak dulu lagi berdasarkan peningkatan pesakit diabetes, jantung serta mereka yang mengalami masalah obesiti di negara kita.
Statistik pada 2009, menunjukkan 17 peratus daripada 27 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes, manakala data pada 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obes. Golongan ini berpendapat, kerajaan menanggung beban berjuta-juta ringgit setiap tahun bagi memberi subsidi gula sedangkan pada masa sama jumlah pesakit diabetes, kardiovaskular dan obesiti kian meningkat. Apapun, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu menjadikan harga bahan berkenaan naik kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagaimanapun menegaskan kerajaan masih menanggung kos subsidi gula yang besar sebanyak RM1.008 bilion walaupun selepas harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen.
sumber: Berita Harian.
0 comments:
Post a Comment