Melawat 'Processing Centre' di Bukit Tangga.
Kedah Agro Holdings Berhad bersama syarikat gah yang lain iaitu Sime Darby, Koridor Utara dan Kerajaan Negeri kedah bersepadu untuk membangunkan tanah di kawasan Bukit Tangga yang berkeluasan 800 ekar dengan tanaman jagung.
Berikutan itu, seramai 20 peserta telah mengikuti praktikal pertanian selama 3 bulan berserta elaun sebanyak RM300 sebulan. Manakala tempat penginapan dan makan disediakan. Program ini telah menjalankan proses penapisan kepada sesiapa yang berminat dalam pertanian untuk menghadiri sesi temuduga dan berkelayakan dari segi fizikal dan mental. Program praktikal ini bertujuan untuk mendedahkan mereka mengenai penanaman jagung yang betul serta maklumat penjagaan supaya mereka boleh mempraktikkan apabila mereka ingin mengusahakan tamanan berkenaan. Selain itu, walaupun tanaman yang diusahakan sedikit tetapi itu tidak bermakna tanaman tersebut tidak menguntungkan malahan Kedah Agro sedia membantu untuk mejual hasil berkenaan.
Tujuan utama program ini ialah untuk menarik minat sesiapa sahaja yang masih berkemampuan untuk mengusahakan tanaman. Ini bagi menambah pendapatan kerajaan daripada hasil jualan dan secara tidak langsung kita tidak lagi mengimport bahan makanan dari negara luar. Hal ini juga merealisasika seruan kerajaan menghasilkan lebih banyak produk melalui pertanian. Selain itu, memahami konsep bahawa 'Pertanian Adalah Perniagaan'.

0 comments:
Post a Comment