? ??????????????Purple Flower? ????? ?? ???Rating: 4.3 (727 Ratings)??1080 Grabs Today. 106989 Total Grabs
. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Subtle Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.1 (184 Ratings)??1039 Grabs Today. 36898 Total Grabs. ??????Preview?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, February 1, 2010

Efektif mikroorganism ( EM)


Sabtu, 30 Jan- Bertempat di Kg. Sungai Pau, Sik, satu program ‘ Bengkel Pembuatan EM- Kaedah Penghasilan & Perlaksanaan. Program ini dianjurkan oleh Kedah Agro Boitech Sdn. Bhd yang bertujuan untuk memasyarakatkan pertanian organik. Terdapat 3 jenis Efektif Organism(EM) yang diajar kepada peserta yang hadir iaitu EM ( Semburan Serangga ), EM ( Sayuran/ Dedaun ) dan EM ( Buah-buahan ). Kaedah Em dimulakan dengan Em serangga dan antara bahan-bahannya adalah seperti berikut:

1. Halia 1 kg
2. Akar Bakawali 1 kg
3. Gula merah/molases 2 kg
4. Air bersih 20 Liter
5. Telur ayam 6 biji
6. Yakult 4 botol
7. Daun semambu 1 kg
8. Pandan 6 kg
9. Daun betik 2 kg
10. Cecair EM 225 ml

Manakala Em Sayuran/ dedaun pula bahan-bahannya adalah seperti berikut:-

1. Daun lobak 1 kg
2. Daun tutup bumi 2 kg
3. Gula merah 3 kg
4. Air bersih 20 liter
5. Telur ayam 6 biji
6. Yakult 4 botol
7. Cecair EM 225 ml

Em Buah-buahan pula merangkumi bahan-bahan seperti berikut:-

1. Buah labu 2 kg
2. Buah betik 2 kg
3. Buah pisang 2 kg
4. Gula merah 2 kg
5. Air bersih 20 liter
6. Telur ayam 6 biji
7. Yakult 4 botol.
8. Cecair EM 225 ml.

Pada peringkat permulaan, semua bahan-bahan untuk EM serangga yang telah dipotong digaul sebati dalam tong biru.Selepas itu diikuti dengan EM sayuran yang juga melalui proses yang sama seperti Em serangga tetapi bahan yang berlainan serta tong yang berasingan. Selepas siap EM sayuran diikuti pula dengan EM buah-buahan juga proses yang sama tetapi dimasukkan dalam tong yang berlainan. Setiap tong boleh dibuka dalam tempoh 10 hari, didapati kulat putih kelihatan pada lapisan atas, sekiranya tiada bolehlah ditambah sedikit gula merahdan air. Ini memberikan sumber kaobon kepada unit tersebut. Selepas 30 hari sekiranya campuran telah menunjukkan tindakbalas dengan mengeluarkan bau seperti yang dikehendaki bermaksudkan sebatian telah boleh digunakan. Sembur pada tanaman selepas 10 hari sekali.
Selepas selesai semua proses membuat EM , kerja yang terakhir ialah menyiapkan baja kompos iaitu bahan-bahannya adalah seperti berikut:-

1. Tanah subur 4 kg
2. Serkam padi 2 kg
3. Dedaun tutup bumi 2 kg
4. Tinja lembu 2 kg
5. Tinja kambing 2 kg
6. EM campuran 4 sudu
7. Gula merah 4 susu
8. Air bersih 40 liter

Semua bahan digaul sehingga sebati dan boleh dikepal. Kemudian dibiarkan sehingga rasa wujud rasa panas untuk menunjukkan mikroorganismaitu telah bertindak. Selepas itu masukkan dalam plastik beg dan ikat kemas. Boleh dibuka setiap hari ada diterbalikkan supaya sebati. Tunggu dalam tempoh seminggu atau baja tadi tidak lagi berada dalam keadaan panas. Selepas itu bolehlah digunakan untuk semua jenis tumbuhan.

0 comments: