? ??????????????Purple Flower? ????? ?? ???Rating: 4.3 (727 Ratings)??1080 Grabs Today. 106989 Total Grabs
. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Subtle Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.1 (184 Ratings)??1039 Grabs Today. 36898 Total Grabs. ??????Preview?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 8, 2010

Pelbagai Faedah Kompos

KEBAIKAN

  • Faedah daripada menghasilkan kompos semula jadi memudahkan akar pokok menembusi tanah, di samping itu ia adalah cara yang paling murah, praktikal dan kaedah paling mesra untuk melupuskan sisa organik.
  • Selain memberikan nutrien , tumbuhan juga memerlukan organisma seperti bakteria dan semua ini membantu menyediakan struktur yang baik kepada tanah untuk membolehkan kawasan akar bernafas dan menyerap kelembapan.
  • " Baja kompos yang dihasilkan itu terdiri daripada pelbagai bahan buangan dan najis binatang peliharaan.

FAEDAH LAIN


  • Mudah dibuat dan membekalkan tumbuhan dengan nutrien.
  • Kompos yang ditambah akan membantu mengurangkan hakisan tanah dapat menyerap air.

KAEDAH

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan pelbagai kedah mengkompos yang dijalankan mengikut kesesuaian bahan dan tempat. Kebijaksanaan memilih kaedah mengkompos bersesuaian dengan tempat dan kemudahan mendapatkan sumber-sumbernya selain batasan harus dibuat untuk mewujudkan model yang paling sesuai mengikut tempat.
Pegawai Pendidikan Persatuan pengguna Pulau Pinang, NV Subbarow berkata, mengikut kajian CAP menjalankan pelbagai aktiviti dalam memelihara alam sekitar. Dalam usaha memupuk perasaan cintai alam sekitar serta mewujudkan individu yang prihatin dalam memelihara alam sekitar.


PERTANIAN MAPAN SEBAGAI ALTERNATIF


Begitulah usaha yang dilakukan oleh Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan mengadakan program memasyarakatkan pertanian organik. Usaha ini berterusan setiap bulan apabila ada pihak staf syarikat sanggup turun padang untuk menjayakan program EM bersama penduduk-penduduk kampung. Ini selaras dengan misi KAHB
" Amalan pertanian mapan disokong oleh CAP sebagai alternatif kepada teknik pertanian moden yang menyebabkan kerosakan ekologi serius dan mengancam kesihatan petani dan pengguna. CAP menggalakkan petani berpindah daripada teknologi pertanian berasaskan bahan kimia secara intensif dan modal kepada pertanian mapan tanpa menggunakan bahan kimia dengan kos yang lebih rendah.
" Dalam usaha untuk menggalakkan pertanian mapan, sejak 2003, CAP telah menjemput pakar pertanian yang tidak menggunakan bahan kimia untuk menjalankan latihan dan program kesedaran untuk petani Malaysia. Dalam latihan ini, pelbagai kaedah pertanian organik seperti kompos, membiak cacing dan penyediaan kompos cacing, panchakavya iaitu sejenis cecair yang diperbuat daripada lima elemen daripada lembu dihasilkan sebagai penghalau serangga ditunjukkan," katanya.


KAEDAH


Semburan Untuk Menghalau Serangga
  • 1 kg bawang putih
  • 500 gm cili hijau
  • 500 gm halia
  • 250 ml minyak tanah
  • 200 gm gam dari tepung ubi
Cara Penyediaan
  • Kisar bawang putih denagan cili dan halia serta campurkan ketiga-tiga bahan itu dengan tambahkan 3 liter air dan gam.
Cara Guna
  • Semburan perlu disiram dibawah daun bagi mengahalau serangga bersembunyi.


sumber : sinar harian( 7 mac 2010)