4 April 2010 merupakan tarikh bersejarah bagi kumpulan Kedah Agro Holdings Berhad, yang merupakan salah sebuah syarikat ditubuhkan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kedah ( PMBKED). Terdapat 6 buah anak syarikat di bawah Kedah Agro iaitu Kedah Agro Industries Berhad, Kedah Agro Aquaculture Sdn. Bhd, Kedah Agro Livestock Sdn. Bhd, Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd, Kedah Agro Cashcrop Sdn. Bhd dan Kedah Agro Biotech Sdn. Bhd.
Bertempat di Bilik Gerakan, Aras 6, Blok E, Wisma Darulaman, Kedah Agro Holdings Berhad mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Anak-anak Syarikat seperti berikut:-

- Perjanjian Usahasama Dan Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham di antara Kedah Agro Aguaculture Sdn Bhd dengan Golden Protection Sdn Bhd untuk Projek Sangkar Laut Terbuka.
- Perjanjian Usahasama Dan Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham di antara Kedah Agro Livestock Sdn Bhd dengan Green Agro Sdn Bhd untuk Projek Kuarantin, Pengumpulan dan Penjualan Lembu Daging.
- Memorandum Persefahaman di antara Kedah Agro Plantations Sdn Bhd dengan peserta untuk Projek Pembangunan Tanah Kampung Teluk Sera.
Majlis menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian Dan Industri Asas Tani, Bioteknologi Negeri, YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah. Beliau merupakan wakil kepada Menteri Besar kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak menjadi saksi utama perjanjian yang ditandatangani.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah, pemegang-pemegang saham, exco - exco kerajaan Negeri Kedah, pegawai- pegawai daerah, wartawan-wartawan dan warga Kedah Agro itu sendiri.
Memorandum Persefahaman diwakili oleh En. Harun Bin Hassan dari Teluk Sera dan wakil dari Kedah Agro Plantations iaitu Pengarah Urusan Kumpulan, Tn. Haji Anuar Tahir. Manakala Green Agro pula diwakili oleh En. Yusof( Pengarah Urusan). Selain itu, wakil untuk dari Golden Protection Sdn Bhd, En. Zaihan untuk menandatangani Perjanjian Usahasama ini.
Projek usahasama dan memorandum persefahaman ini diharap dapat memperluasakan lagi pasaran untuk setiap pasaran bagi kelapa sawit jagung, nanas, ikan dalam sangkar dan projek-projek pertanian yang lain yang masih dalam proses penyelidikan.